NAMA            : SITI NURUL NADIA BINTI HASAN BASRI

UMUR            : 29 TAHUN

KEAHLIAN   : 2020

 

Latar belakang

Puan Siti Nurul Nadia Binti Hasan Basri telah memulakan perniagaan menjahit pada awal tahun 2020. Perniagaan ini dibuat secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya menerima tempahan di sekitar kediamannya di Taman Sri Jaya dan kawasan sekitar Jerantut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau terlibat dengan PEDi Kg Batu Embun, pendapatan beliau tidak begitu memberangsangkan. Pendapatan yang diperolehi beliau hanya dalam lingkungan RM300 – RM 500 sebulan sahaja. Pelanggan tetap beliau pada ketika itu hanyalah dalam lingkungan 40 orang sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kg Batu Embun,secara percuma,, beliau kini telah memiliki Facebook Page dan kedai di Platform E-Commerce seperti Shopee dan Carousale. Dengan adanya platform ini, Puan Nadia dapat mempromosikan perkhidmatan menjahit dan semua produk jualan beliau kepada masyarakat luar daripada kawasan Jerantut. Pelanggan beliau kini semakin bertambah setelah ramai pelanggannya mengetahui  produk beliau melalui facebook page dan juga melalui platform e commerce tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah  RM800 ke RM1500.