NAMA  : NUR ALEESYA QAISARA BINTI ROSLAN

UMUR  : 10 TAHUN

AHLI    :2020

Latar belakang

Nur Aleesya Qaisara merupakan seorang pelajar tahun 5 dan tinggal berhampiran dengan PEDI. Beliau menjadi ahli PEDI sejak Januari 2020. Sepanjang proses pembelajaran PDPR berlangsung, beliau merupakan antara ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan di PEDI serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PEDI Kg Batu Embun seperti Pertandingan Kemerdekaan PEDI 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada peringkat awal penglibatan adik Nur Aleesya di PEDI, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau berkunjung ke PEDI untuk menyiapkan kerja sekolah menggunakan komputer, beliau memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas PEDI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PEDI, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas- kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PEDI. Kini, Aleesya mampu mengendalikan komputer tanpa memerlukan bantuan petugas PEDI. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PI1M seperti fotostat, binding, cetakan warna dan pelbagai lagi untuk menyiapkan kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya.