NAMA  : SITI NOR ASYIKIN BT AMRAN

UMUR  : 18 TAHUN

AHLI    :2015

Latar belakang

Siti Nor Asyikin Bt Amran berusia 18 tahun merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Jerantut Pahang. Beliau tinggal di Kampung Paya Teh dan beliau telah menjadi ahli PEDI sejak Oktober 2015 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PEDI Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum beliau belum menjadi ahli PEDI, Siti  Nor Asyikin kurang  ilmu pengetahuan berkaitan dunia ICT termasuk dari segi penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PEDI, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas- kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PEDI. Beliau juga semakin cekap menggunakan komputer terutamanya Microsoft Publisher dan Excel untuk tujuan pemasaran perniagaan kecilan yang diusahakan oleh beliau.