NAMA            : Nor Azlina Bt Jaafar

UMUR            : 35 TAHUN

KEAHLIAN    : 2019

Latar belakang

Nor Azlina Bt Jaafar telah memulakan perniagaan makanan dan gajet ini pada hujung tahun 2018. Perniagaan ini dibuat secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya di Kampung Temin, Jerantut dan juga saudara mara terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau terlibat dengan PEDi Kg Batu Embun, pendapatan beliau tidak begitu memberangsangkan. Pendapatan yang diperolehi beliau hanya dalam lingkungan RM100 – RM 500 sebulan sahaja. Pelanggan tetap beliau pada ketika itu hanyalah dalam lingkungan 10 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan produk beliau ini melalui aplikasi TikTok. Pelanggan beliau kini semakin bertambah setelah ramai pelanggannya mengetahui jualan beliau melalui facebook dan juga aplikasi TikTok tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah  RM600 ke RM1000.