NAMA  : AHMAD LUTFI BIN AMINUDIN

UMUR  : 13 TAHUN

AHLI    :2018

Latar belakang

Adik Ahmad Lutfi Bin Aminudin  berumur 13 tahun merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMJ. Beliau merupakan anak sulung dari tiga beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PEDI dan beliau menjadi ahli PEDI sejak September 2018. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif sejak mendaftar menjadi ahli PEDI dan yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PEDI Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada peringkat awal penglibatan adik Lutfi di PEDI di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PEDI, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PEDI, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Selain itu, beliau juga sering mencari bahan untuk kerja kursus dan pembelajaran beliau di PEDI.