NAMA  : IZZ ZUNUR HAYQAL BIN IZARUL NIZAM

UMUR  : 11 TAHUN

AHLI    :2022

Latar belakang

Izzunur Haqkal  berumur 11 tahun merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Rendah Paya Teh. Beliau merupakan anak ketiga daripada  lima beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PEDI dan beliau menjadi ahli PEDI sejak 2022. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif sejak mendaftar menjadi ahli PEDI dan kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PEDI Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada peringkat awal penglibatan Izzunur di PEDI di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PEDI, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PEDI, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Selain itu, beliau juga sering mencari bahan untuk kerja kursus dan pembelajaran beliau di PEDI.