UPU Online dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang ).Pembelian No. Unik ID BSN mulai Februari 2021 dan pemilihan program boleh dibuat seperti berikut :

LEPASAN SPM
Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
Berdasarkan :

STPM :
Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020

MATRIKULASI / ASASI :
Keputusan peperiksaan hingga semester 1

STAM :
Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )

Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

15 PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE:

1.Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.

2.Layari portal rasmi UPU.

3. Pastikan kategori anda betul.

4.Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.

5.Kira merit disini.

6. Semak tren permohonan dan penawaran.

7.Semak laluan kerjaya.

8.Isi permohonan UPUOnline.

9.Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.

10.Pilih pilihan program mengikut keutamaan.

11. Lengkapkan borang permohonan.

12. Kblik butang "SIMPAN".

13. Cetak slip permohonan.

14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

15.Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.