Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar-pelajar kelahiran negeri Pahang/pemaustautin yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta serta Pondok. Pemohon yang telah memperolehi keputusan peperiksaan terkini sahaja yang layak mohon bantuan ini.

Antara syarat-syarat yang perlu ada ialah :-

Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.

  • Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau  Sarjana  Muda, dan
  • Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.

 

Bilakah tarikh permohonan e-Dermasiswa on-line ini akan dibuka dan tarikh tutup permohonan tersebut?

Permohonan ini akan dibuka pada setiap 01hb Januari tiap-tiap tahun dan akan ditutup pada bulan Mei. Setiap pemohon hendaklah menghantar kesemua dokumen yang dikehendaki ke Pentadbiran ini selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.

Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut :-

  • Borang pengesahan yang telah lengkap,
  • Salinan kad pengenalan,
  • Salinan keputusan peperiksaan yang terkini.