Lembah Kiol, yang dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, amat sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan jiwa dan emosi. Jika anda ingin merasai kesejukan air tejun, serta suasana pemandangan yang dikelilingi hutan menghijau, air terjun Lata Meraung di Lembah Kiol adalah jawapannya.

Di sini juga terdapat kawasan perkelahan, alam semulajadi yang didampingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang, jeram semulajadi, flora dan fauna, seni taman landskap, tempat memancing, paver footpater, tangga dan juga tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong seperti lumba basikal, maraton dan sebagainya. Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan para pengunjung ke sini berada dalam keadaan yang selesa seiring dengan keindahan alam semulajadinya.

Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi turut disediakan.

66 55