Sungai Rengat, Ulu Cheka yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Jerantut menyajikan air sungai yang jernih dan sejuk dikelilingi kebun sawit dan getah serta dilatari banjaran Gunung Benom. Perjalanan ke sungai itu kira-kira 3 kilometer dari jalan besar, Damak-Perlok, pengunjung akan melalui kebun sawit dan getah untuk sampai ke sungai ini. Sungai yang berjeram, berlata, serta merupakan sumber air yang penting untuk kewujudan air terjun, tapak perkhemahan, juga tempat ‘base camp’ untuk pencinta alam semula jadi.
Selain keseronokan dan pengalaman yang indah kepada para pengunjung bila mereka menikmati kesejukan semula jadi air sungai yang di antara enam hingga 10 selsius yang sejernih kristal di sungai itu. Berdekatan dengan sungai itu adalah salah satu laluan untuk permulaan mendaki Gunung Benum dengan ketinggian 2,107 meter (6,913 kaki) dari aras laut adalah gunung kedua tertinggi di Pahang terletak di dalam tiga daerah, Jerantut, Raub dan Temerloh.