Lokasi : Kampung Jerantut Feri, Pahang.

Gule Farm House Cafe merupakan tempat makan yang baru beberapa bulan beroperasi, tapi sudah menjadi bualan ramai dan menjadi tempat viral kerana lokasinya yang strategik dan sesuai untuk berborak santai sambil menjamu makanan yang dijual disitu. Dengan adanya beberapa buah kioks dengan pelbagai juadah makanan menjadi salah satu punca tarikan untuk pelanggan datang ke situ. 

Cafe yang berada di tengah antara Bandar Jengka dan Bandar Jerantut juga menjadi penyebab untuk ramai orang singgah di situ. Ia nya hanya 10 minit dari kawasan Bandar Jerantut.