Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer telah diadakan di PI1M Kg Batu Embun pada 20 Mei 2016( Jumaat) bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Kursus anjuran Kemas Daerah Jerantut itu di hadiri oleh 17 orang belia sekitar PI1M Kg Batu Embun. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Internet 1 Malaysia telah bekerjasama dengan CIkgu ICT Sek Men Keb Jerantut untuk menganjurkan Bengkel Membina Blog bagi pelajar aliran ICT Tingkatan 4. Bengkel telah di adakan pada 14 Mei 2016 bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahri. Bengkel di adakan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar tingkatan 4 aliran ICT untuk menghasilkan blog sendiri bagi melengkapkan kerja kursus pelajar berkenaan.

 

 

   

   

   

  

  

 

 

 

 

PI1M Cluster Jerantut telah mengadakan satu mesyuarat yang julung kali diadakan bagi membincangkan program-program yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengurus & Penolong Pengurus itu di adakan di PI1M Kg Batu Embun. Antara program yang dibincangkan ialah Program Transformasi ICT bersama pelajar orang asli Sekolah Kebangsaan Sg Kiol dan Program My Skool Dashboard yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut dan program-program lain yang akan diadakan mengikut peringkat.

 

 

 

  • TAKLIMAT RINGKAS DASHBOARD MY SOAL,MY KOMUNITI, MY SHOP & MY HEALTH
  • PENERANGAN RINGKAS TENTANG SISTEM DASHBOARD INI DAN CARA-CARA PENGGUNAAN SERTA MANFAAT UNTUK KOMUNITI SETEMPAT
  • SASARAN ADALAH AJK JKKK, USAHAWAN & BAKAL USHAWAN SERTA KOMUNITI SETEMPAT
  • PERTANDINGAN MEWARNA DASHBOARD MERDEKA UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 5-6 TAHUN & 7-9 TAHUN
  • DI HADIRI KIRA-KIRA 40 ORANG PESERTA
  • MAKAN MINUM & CENDERAHATI TURUT DI SEDIAKAN