NAMA  : MUHAMMAD MUZAMMIL B AHMAD ZAID

UMUR  : 18 TAHUN

AHLI    :2016

Latar belakang

Seorang pelajar lepasan spm yang tidak mempunyai asas komputer ingin belajar tentang ict di pi1m kg batu embun. beliau berumur 18 tahun dan datang ke pim batu embun yang 5 km jauhnya dari rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada awalnya saya di ajak oleh rakan untuk mengikuti kelas komputer di pi1m kg batu embun semata-mata untuk mendapatkan sijil komputer. saya merasakan saya sudah cukup pandai untuk belajar asas-asas komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah lebih kurang 2 bulan mengikuti kelas asas tersebut, saya mula sedar & banyak mempelajari benda yang baru berkaitan komputer & internet yang sebelum ini saya tidak tahu. daripada seorang yang hanya mengetahui perkara asas berkaitan komputer kini saya boleh menguasai keseluruhan yang berkaitan dengan komputer dan internet

 12 13 14

NAMA            : M.HAIKAL RIDZUAN

UMUR            : 13 TAHUN

KEAHLIAN     : 2015

 

Latar belakang

Adik M.Haikal Ridzuan 13 tahun merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK JERANTUT. Beliau merupakan anak sulung dari tiga beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PIM dan beliau menjadi ahli PIM sejak Mac 2015 Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif sejak mendaftar menjadi ahli PIM dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PIM Kg Batu Embun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada peringkat awal penglibatan adik Haikal di PIM di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PIM, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau datang ke PIM beliau hanya sekadar menemani rakan-rakannya sahaja menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIM

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PIM, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas-kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PIM. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PIM seperti fotostat, printing binding, cetakan warna dan pelbagai lagi bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya di sekolah.

 

 

 

NAMA  :MUHAMMAD FARIZ IRFAN BIN MAT JUSOH

UMUR  : 13 TAHUN

AHLI    :2015

 

Latar belakang

Adik Muhammad Faris Irfan berusia 15 tahun merupakan pelajar tingkatan 3 di SMK Inderapura, Jerantut Pahang. Beliau merupakan anak yang pertama dari dua beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PIM dan beliau telah menjadi ahli PIM sejak September 2015 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PIM Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada peringkat awal penglibatan adik Muhammad Faris Irfan di PIM di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PIM, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau datang ke PIM beliau hanya sekadar menemani rakan- rakannya sahaja menggunakan perkhidmatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PIM, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas- kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PIM. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PIM seperti fotostat, binding, cetakan warna dan pelbagai lagi bagi membuatkan kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya di sekolah.

18 19 20

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama

Celik IT Januari - Mac

 

Kisah Kejayaan Suku Tahun Kedua

Usahawan Organik April - Jun

 

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga

Pengusaha Produk Mineral Kaffe Julai - September