NAMA            : ZAIYYANI BINTI ABIDIN

UMUR            : 56 TAHUN

KEAHLIAN    : 2018

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 5 orang cahayamata. Beliau mengusahakan kedai menjahit di Kuala Tembeling secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum mendapat tahu PI1M Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan untuk usahwan kecil seperti beliau, beliau hanya menjual beg buatan tangan secara kecil-kecilan dalam kalangan keluarga terdekat dan kawan-kawan. Beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil-kecilan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga dan secara suka-suka bagi mengisi masa lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendapat tahu, Pusat Internet Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan shopee beliau cuba untuk menjual produknya di shopee dan ingin menjana pendapatan sampingan melalui shopee. Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online

 

      

NAMA            : NOR FADILAH BINTI ADNAN

UMUR            : 36 TAHUN

KEAHLIAN     : 2019

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 2 orang cahayamata. Beliau mengusahakan Home Bakery iaitu menjual pelbagai jenis manisan & kek yang dibuat sendiri di rumah nya di Taman Koperasi Jerantut. Beliau hanya mengusahakan pembuatan kek & pastry secara kecil-kecilan dan menerima tempahan hanya di kalangan jiran-jiran dan sahabat nya sahaja

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 Pada mulanya beliau hanya datang ke Pusat Internet sekadar untuk menggunakan perkhidmatan percetakan dan internet sahaja. Hal ini kerana beliau kurang pengetahuan dalam bidang teknologi untuk mempromosikan produk yang dijual. Selepas mengetahui PIK Kg Batu Embun mengadakan Kelas Keusahawanan Shopee, beliau berminat untuk menyertai untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas keusahawanan yang disertai, beliau berjaya membuka satu pages Facebook untuk menjual produk pastry & kek nya secara atas talian iaitu mempromosikan nya di media sosia iaitu facebook. Facebook nya adalah EILA SWEET BAKERY Hasilnya beliau menerima banyak tempahan setiap hari dari orang luar sekitar jerantut. Sebelum ini pelanggan nya terdiri daripada kawan-kawan, saudara mara dan jiran sahaja tetapi kini sekitar jerantut telah mengetahui tentang pernigaan home bakery nya itu. Selain itu, beliau juga ada membuat pengeposan bagi pelanggan yang ingin mendapatkan Readymade Tart Shell.

 

     

NAMA            : RAMISAH BINTI JAAFAR

UMUR            : 54 TAHUN

KEAHLIAN     : 2016

 

Latar belakang

Puan Ramisah  telah memulakan perniagaan Sulaman Baju & Handmade Bag ini pada awal tahun 2015. Pada awalnya beliau merupakan seorang tukang jahit baju yang menerima tempahan secara kecil kecilan dan untuk kegunaan sendiri. Lama kelamaan beliau menerima tempahan dari jiran-jiran dan rakan-rakan yang terdekat untuk menampung kos hidup kerana suaminya yang bekerja sebagai polis sudah pencen.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ramisah kurang mempromosikan produk jualan beliau kerana kekangan masa dengan tugasan seharian dan juga kurang ilmu tentang keusahawanan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah mempromosikan produk secara di dalam talian iaitu dengan menggunakan facebook. Beliau sering pergi PI Kg Batu Embun untuk memuatnaik gambar – gambar baru produknya dan belajar cara – cara yang lebih efektif terhadap pemasaran produk ini. Setelah beberapa minggu selepas beliau memasarkan produk ini secara dalam talian, hasilnya mula dapat dilihat setelah beliau mendapat banyak tempahan sulaman baju & tempahan membuat beg tangan & tempahan nama untuk di lekatkan pada baju pelajar sekolah. 

 

   

NAMA            : TENGKU NORASIAH BT TENGKU MOHAMED

UMUR            : 36 TAHUN

KEAHLIAN    : 2016

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 3 orang cahayamata. Beliau merupakan agen bagi Produk Minyak Asmak di Jerantut iaitu produk yang pelbagai kegunaan luaran sahaja. Beliau hanya menjadi agen bagi Produk tersebut dan hanya menjual secara kecil-kecilan pada awalnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum mendapat tahu PI1M Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan untuk usahwan kecil seperti beliau, beliau hanya menjual produk minyak asmak dengan jiran-jiran dan kawan tedekat sahaja dan secara suka-suka mengisi masa lapangnya sebagai suri rumah.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas keusahawanan yang disertai, beliau berjaya membuka satu pages Facebook untuk menjual produk Minyak Asmak nya iaitu Minyak Asmak Jerantut Pahang. Dengan bantuan petugas PI Kg Batu Embun, Puan Tengku Norasiah Berjaya membuat pages sendiri untuk mempromosikan produk yang dijualnya iaitu Minyak Asmak. Dengan membuat jualan secara atas talian iaitu FB yang dibuat, beliau mendapat tempahan minyak asmak daripada serata negeri.

 

     

     

NAMA  : Puan Norizan Binti Muhammad

UMUR  : 41 TAHUN

AHLI    :2013

 

Latar belakang

Puan Norizan seorang surirumah yang mempunyai 4 orang cahayama. Beliau pada awalnya mengusahakan produk organic secara kecil-kecilan di kampung. Beliau berpendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehinggalah pada suatu hari, beliau pergi ke PIM Kg Batu Embun untuk mencetak dokumen dan di ajak oleh petugas PI1M untuk belajar tentang asas-asas komputer dan Internet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada asalnya beliau kurang mahir menggunakan komputer. Namun begitu, beliau datang ke Pusat Internet untuk menimba pelbagai ilmu keusahawanan secara percuma dan juga melalui pembelajaran secara berkumpulan atau juga secara perseorangan melalui cara menghubungi petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan baru-baru ini, beliau semakin yakin dan berani untuk mempromosikan produk yang dijual. Malahan beliau juga sudah mampu membuat ayat iklan yang menarik. Selain itu juga, beliau telah membuat promosi dengan membuka akaun jualan di dalam shopee untuk melariskan lagi jualan beliau.

 15 16 17