NAMA  : ROHANA BINTI MOHAMAD HUZAINI

UMUR  : 35 TAHUN

AHLI    :2017

 

Latar belakang

Puan Rohana  telah memulakan perniagaan Luffiya Skincare ini pada awal tahun 2017. Pada awalnya beliau merupakan salah seorang pengguna produk tersebut. Setelah melihat kesan positif produk ini terhadap dirinya lalu beliau menceburkan diri dengan menjual produk ini secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya  di Kampung Pulau Mansok, Jerantut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya tertumpu kedapa kerja hakiki sahaja. Namun setelah adanya peningkatan dalam kos hidup sedikit sebanyak memberikan beliau idea untuk menjana pendapatan sampingan. Tambahan pula, beliau kini sudah pun berhenti kerja dan hanya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan secara langsung dan dalam  talian. Namun begitu, pada mulanya beliau hanya berkunjung ke Pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan internet wifi atas urusan kerja sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online.Malahan beliau juga turut diajar cara mengambil gambar produk serta memasukkan copywriting yang sesuai dengan produk yang telah diusahakannya.

 

22 23 24

 

NAMA  : Siti Fatimah Az’zahra Binti Che Manshor

UMUR  : 22 TAHUN

AHLI    :2015

 

Latar belakang

Siti Fatimah Az’zahra telah memulakan perniagaan Dianz Vitamin & Dianz Vitamilk ini pada hujung tahun 2016. Perniagaan ini dibuat secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya di Kampung Limau Purut, Mela Jerantut dan juga rakan-rakan persekolahannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau terlibat dengan PI1M Kg Batu Embun, pendapatan beliau tidak begitu memberangsangkan. Pendapatan yang diperolehi beliau hanya dalam lingkungan RM50 – RM 100 sebulan sahaja. Pelanggan tetap beliau pada ketika itu hanyalah dalam lingkungan 15 orang sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan produk Diaz Vitamin & Dianz Vitamilk ini melalu aplikasi telefon pintar Wechat. Pelanggan beliau kini semakin bertambah setelah ramai pelanggannya mengetahui jualan beliau melalui facebook dan juga aplikasi Wechat tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah  RM300 ke RM500.

 a b c d

Nama

: MUHAMMAD ANAS FITRI BIN MOHD RADZI

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok. Beliau juga merupakan anak kedua dalam keluarga.Beliau sering mengikuti kelas ICT antaranya ialah kelas Pengenalan Komputer, Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Power Point), E-Pembelajaran, Dashboard Komuniti dan Kuiz Klik Dengan Bijak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanya dating ke Pusat Internet Kg Batu Embun untuk menonton Youtube sahaja, tiada kpendedahan berkaitan dengan ICT.  Oleh hal yang demikian, beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun begitu, ketika Pusat Internet mengadakan kelas/bengkel, beliau telah mengikuti latihan yang dianjurkan. Semasa mengikuti latihan tersebut, beliau diajar kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti menaip pantas. Selain itu, kemahiran menggunakan internet secara bijak juga telah diterapkan kepada beliau.

 

    

 

 

NAMA  : SUFI ADNANI BINTI MOHD RADZI

UMUR  : 12 TAHUN

AHLI    :  2017

 

Latar belakang

Adik Sufi Adnani binti Mohd Radzi 12  tahun merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok. Beliau tinggal berdekatan dengan PI dan baru sahaja menjadi ahli PI sekitar Februari 2017. Beliau dan kawan-kawan merupakan antara pelajar yang sering mengikuti kelas & aktiviti yang di adakan di PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum penglibatan dirinya di Pi adik Sufi Adnani binti Mohd Radzi tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan berkaitan Dunia ICT termasuk dari segi penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Sebelum ini beliau kurang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PI Kg Batu Embun. Oleh hal yang demikian, beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Pengenalan Internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru,adik Ain Syahirah telah berjinak-jinak dengan  pencarian maklumat di laman web dan seterusnya menyalin atau menaip maklumat tersebut ke dalam perisian Microsoft Office. Selain itu juga, beliau turut belajar cara mencetak maklumat tersebut. Dari sehari ke sehari, beliau semakin gigih belajar menggunakan komputer.  Selain itu beliau juga belajar mereka email menggunakan akaun gmail dan menelaah pelajaran dengan menggunakan aplikasi percuma dalam talian. Modul seperti Microsoft Powerpoint, Excel dan Publisher juga turut dipelajari oleh adik Sufi. Berbekalkan usaha dan kerajinan beliau yang selalu datang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan juga petugas PI  Kg Batu Embun, adik Sufi sudah mahir menggunakan komputer dengan cekap.

 

     

 

 

NAMA  : MUHAMMAD IMAN NURHAZIQ BIN NOR SAHLAN

UMUR  : 8 TAHUN

AHLI    :2018

 

Latar belakang

Adik Iman Nurhaziq berusia 8 tahun merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya. Beliau tinggal berdekatan dengan PI dan baru sahaja menjadi ahli PI sekitar Februari 2018. Beliau dan kawan-kawan merupakan antara pelajar yang sering mengikuti kelas & aktiviti yang di adakan di PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dirinya di Pi adik Iman Nurhaziq tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan berkaitan Dunia ICT termasuk dari segi penggunaan komputer, internet dan sebagainya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan adik Iman Nurhaziq melalui kelas mingguan di PI Kg Batu Embun, Iman sering datang kelas yang diadakan. Beliau sangat cepat memahami apa yang di ajar dan menyiapkan setiap tugasan dan latihan yang diberi. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan Asas MS Office Word. Beliau juga sudah mahir menggunakan internet dan mencari bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi

 

1 3 4 6